Isnin, 27 April 2015

Karangan laporan perkhemahan

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Lenga, Muar.

Pada 20 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013, Sekolah Kebangsaan Lenga telah mengadakan program perkhemahan unit beruniform di Kem Bekok. Pasukan beruniform yang terlibat ialah Persatuan Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam.
Sebanyak 120 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian. Mereka diiringi oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta dan guru menaiki tiga buah bas yang disewa khas untuk ke kem tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sekolah.

Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh dua orang guru pengiring Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah merentas halangan, ikhtiar hidup, keselamatan dalam air, pertolongan cemas, persembahan nyanyian, serta pertandingan reka cipta.
Para  peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat “umpama aur dengan tebing”. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup. Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang beracun, cara memasak, serta cara berlindung di dalam hutan.

“Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta yang terlibat menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain mempamerkan disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lenga, Encik Ghazali B. Hussin ketika majlis penutupan program tersebut.

Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada thun hadapan. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.
Laporan disediakan oleh,
siti safiah
....................................................
(SITI SAFIAH BT SAFINGGI)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Lenga.

Surat kiriman tidak rasmi- Mengajak kawan datang ke rumah

Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudari,
          Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan nanti.
          Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.
          Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenakan buah manggis, rambutan, langsat serta durian.
          Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu.
          Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti.
Sekian , terima kasih.

Surat kiriman rasmi-Tidak hadir ke sekolah

No.6,Lorong Mohd Perak 4,
Desa KPMP,
36800 Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
_____________________________________________________________________

Guru kelas Tahun 6,
Sekolah Kebangsaan Tanjong Tualang,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.                                                                                12 Januari 2015                                       

Puan,

Tidak Hadir Ke Sekolah

     Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Helmi Bin Ibrahim,ayah kepada Muhammad Syakir Zakuan,tahun 6,tidak dapat hadir ke sekolah pada 12 Januari 2015.

2.    Anak saya tidak hadir ke sekolah kerana mengalami sakit perut dan cirit birit.Saya telah membawa anak saya ke Klinik untuk mendapat rawatan. Doktor menasihatkan dia untuk berehat dan makan ubat di rumah.

3.    Dia diberi cuti selama dua hari.Oleh itu, saya berharap cikgu dapat membantu saya dalam pelajaran anak saya tertinggal

4.    Saya berharap cikgu sedia maklum dengan masalah yang anak saya hadapi

Sekian, terima kasih

Yang benar,
Helmi
(MUHAMMAD HELMI BIN IBRAHIM)